Monday, October 23, 2017

5 Perkara Menarik Tentang Kem Cuti Sekolah 2017


Masih mencari kem untuk penuhkan aktiviti anak - anak di cuti sekolah ini. Baca ini:

Ini yang kami nak SHARE, 5 PERKARA YANG MENARIK TENTANG KEM CUTI SEKOLAH KALI INI. Sedikit sebanyak boleh la bantu selesaikan kerungsingan Kakak - kakak dan Abang - abang ni.
.
1) LOKASI
- Menariknya tentang Kem ni terletak dikawasan lereng bukit, dimana waktu malam nya sejuk dan waktu paginya berkabus. Kawasannya sangat lapang ,selesa dan boleh dikatakan puaslah untuk anak -anak bermain dan berlari -lari. Dibawah bukitnya ada satu batang anak sungai yang dihiasi dengan anak -anak ikan. Jika datang ke kem ni , ibarat anak - anak balik ke kampung kerana kem ini terletak di dalam kawasan kampung. Tambah -tambah lagi ada kolam ikan yang besar, siap boleh memancing lagi.
.
2) AKTIVITI
- Aktiviti di sini menarik dengan bertemakan sukan dan rekreasi, so anak -anak akan akan pelajari pelbagai jenis Asas OUTDOOR yang diperlukan untuk SURVIVE. Hari terakhir nanti akan ada EXPLORE RACE dimana peserta akan mempraktikan apa yang telah dipelajari. Bukan itu sahaja , Kem ini ada ANUGERAH PESERTA TERBAIK 2017 dan ANUGERAH KUMPULAN TERBAIK 2017 tau. Jadi bersedialah untuk rebutkan gelaran itu.
.
3) PESERTA
- Peserta yang akan ikuti program ini terbuka kepada semua warganegara MALAYSIA. Jika peserta tinggal luar dari MELAKA , mereka boleh datang ke kem ini dengan menaiki pengangkutan train dari KL CENTRAL - TAMPIN - TAMAN REKREASI D’BARUH. Ia menjadi peluang yang menarik untuk anak -anak anda mengenali kawan baru. Lepas Habis kem , kita ada group ALUMNI KEM CUTI SEKOLAH 2017 supaya persahabatan yang terjalin memberi manfaat.
.
4) MAKANAN
 - Di kem ini, makanan peserta akan dimasak oleh chef D’baruh, yang berlaukkan kampung iaitu masakan Negeri Melaka. Peserta akan dijamu sebanyak 5 kali sehari yang enak dan mengikut selera anak -anak. Pada malam terakhir akan diadakan NIGHT BBQ (CAMP FIRE) bagi mencipta memori indah buat peserta sebelum berangkat pulang pada keesokan harinya.
.
5) PENGINAPAN
- Peserta akan berkhemah selama 4 hari 3 malam dengan berlatar belakangkan susana flora dan fauna. Serta dihiasi dengan alunan bunyi cengkerik dan serangga. Diwaktu paginya jangan tidak percaya, taman ini akan dilitupi dengan kabus yang boleh membuatkan MINDA kita terasa FRESH, TENANG dan NYAMAN.